Thursday, 30 October 2014

Halia Khasiatnya dan Kesan Sampingan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil" (Al-Insaan, 76:17) 

 
 
Halia sejenis tumbuhan yang tak payah diperkenalkan lagi. Yang orang tak tahu sangat ialah khasiat dan kesan sampingannya walaupun kita selalu masukkan dalam masakan dan minuman harian kita.
Walaupun kita tak sedari khasiatnya tetapi ia memberi kesan yang baik pada kesihatan kita, jika tidak diambil secara berlebihan.








Antara khasiatnya:

a) Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.

b) Merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.

c) Mampu mencegah/mengurangkan mual dan mabuk dalam perjalanan (motion sickness).


Kesan sampingan jika halia diambil secara berlebihan:

a) Masalah pencernaan
Pedih ulu hati dan cirit-birit. Anda juga mungkin akan mengalami sendawa yang berpanjangan, sakit perut, rasa yang pelik dalam mulut, perut kembung dan loya.

Terdapat juga kes di mana menelan tanpa mengunyah halia secukupnya akan menyebabkan usus tersumbat (serat halia yang kasar). Jika anda sering mendapat ulser atau pernah keradangan usus atau usus tersumbat, anda disyorkan tidak mengambil halia dalam kuantiti yang banyak.

b) Berhati mengambil ketika hamil
Walaupun halia kadang-kadang digunakan untuk mengubati loya, namun mengambil lebih daripada 1 gram sehari boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan masalah-masalah lain. Dos besar halia mungkin memberi kesan pada hormon bayi atau menyebabkan keguguran atau pendarahan.

Tetapi kajian penyelidikan yang lain menunjukkan bahawa halia tidak memberi apa-apa risiko pada bayi. Jadi, untuk lebih terjamin, dapatkan nasihat doktor pakar anda terlebih dahulu sebelum mengambil halia jika anda hamil.

c) Selain di atas, pengambilan sejumlah besar halia juga boleh menyebabkan rasa mengantuk. Tambahan lagi, halia boleh meningkatkan risiko pendarahan jadi jika anda mempunyai gangguan pendarahan, oleh sebab itu anda harus mengelakkan mengambilnya terlampau banyak.

d) Halia juga boleh menurunkan tahap gula dalam darah anda, yang mana boleh menyebabkan masalah jika anda mempunyai 'hypoglycemia'. Selain itu, halia juga tidak elok untuk anda yang mempunyai masalah jantung kerana ia akan mendatangkan masalah yang lebih teruk lagi.

Di samping itu, jika anda mengambil 'warfarin' atau pencair darah, anda disarankan mengurangkan jumah halia yang diambil kerana penggunaan yang tinggi boleh mengganggu keberkesanan ubat anda.

Ref.: http://www.tupai.com.my/2013/11/pengambilan-halia-yang-berlebihan.html

Wednesday, 29 October 2014

Pucuk, kayu dan kita

Bismillahirrahmanirrahim.




 Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah, 2:172)

 
Memandangkan zaman sekarang kos sara hidup dan perubatan yang kian meningkat, dengan mengamalkan permakanan sihat seperti herba-herba, pucuk-pucuk, ulam-ulam adalah pilihan yang terbaik sekali untuk mencegah dari menghidapi penyakit merbahaya. Kebanyakan (sebahagian besar) penyakit yang sering menyerang manusia pada era ini disebabkan oleh permakanan yang tidak sihat. Kalau kita imbau balik zaman nenek moyang kita dulu makanan mereka sangat baik berbanding makanan kita sekarang. Jenis makanan yang mereka ambil lebih pada pucuk-pucuk dan ulam-ulam yang segar dimakan bersama makanan harian mereka.

Kalau kita selidik makanan yang kita ambil dalam seminggu (buat catatan) boleh dikatakan 4/7 atau 5/7 makanan yang tidak sihat masuk kedalam badan kita, malah 7/7 pun ada! Bayangkan kalau sebulan atau setahun. Makanan tersebut membentuk tulang/darah/daging. Kalau kita dengar kawan atau sedara mara kita menghidapi kanser cuba selidik sejarah permakanan mereka.



Rasa setakat ni saja.. bersambung.. Insyaallah..